Followers

Tuesday 24 April 2012

j0bs malaysia....


mgkin di sini kerjaya anda bermulaa.......
siapa tahu kan...
ayuhhh kita cuba....
x rugi mencuba nseb...
(@_@)
Portal JobsMalaysia merupakan gerbang rasmi Kerajaan bagi penawaran dan pencarian pekerjaan oleh pencari kerja dan majikan. Objektif utama JobsMalaysia adalah untuk:
  1. meningkatkan mobiliti modal insan negara
  2. mengoptimumkan guna tenaga negara melalui proses pemadanan pekerjaan (job matching) yang lebih efektif dan interaktif
  3. menyediakan satu pangkalan data berpusat sebagai rujukan bagi pasaran buruh
Perkhidmatan dalam talian yang disediakan adalah percuma bagi membolehkan pencari kerja memilih pekerjaan yang sesuai manakala majikan pula boleh memilih calon yang berpotensi. Portal JobsMalaysia merupakan gerbang rasmi Kerajaan bagi penawaran dan pencarian pekerjaan oleh pencari kerja dan majikan.
Laman sesawang adalah http://www.jobsmalaysia.gov.my/
Kemudahan Pusat JobsMalaysia di Cyberjaya mampu menjayakan hasrat kerajaan untuk memberi peluang pekerjaan kepada warga negara.

jaLaN2 cRIe kEjAaaa j0Mmmm...



utk shbat-shbat @ spa2 je laaa yg sdg mncri pkrjaan.... @ yg dh lma menanam anggur tuu...
j0m kita cuba nseb  kt sni pulak....
mna taw ada rezeki kta kn.....
usaha tangga kejayaan....hehe..
 (^__^)
mudah-mudahan akn dprmudahkn segalanyaa utk kita...aminnn..

http://jobscentral.com.my/main/jobseeker_says/?yssid=404757

Monday 23 April 2012

SENARAI BIASISWA YANG BOLEH DI POHON


SENARAI BIASISWA - SCHOLARSHIPS MALAYSIA | MOHON APPLY

Pelajar SPM boleh memohon Biasiswa yang telah saya senaraikan dibawah. KhususBiasiswa 2011 untuk lepasan SPM di Malaysia. Pelajar SPM boleh mohon biasiswaselagi tarikh permohonan biasiswa belum ditutup. Ada biasiswa untuk belajar diMalaysia dan Luar Negara (Oversea).

Pastikan Biasiswa yang ingin di mohon oleh pelajar lepasan SPM telah membaca syarat-syarat dan maklumat-maklumat yang terkandung didalam web mereka masing-masing. Fahamkan dulu maklumat Biasiswa tersebut.

Permohonan Biasiswa 2011 untuk lepasan SPM Malaysia di senarai kan seperti dibawah.
Scholarships 2011 for SPM leaver / candidates in Malaysia are listed below.

SENARAI BIASISWA 2011 SPM LIST OF SCHOLARSHIPS MALAYSIA

.

10 PEKERJAAN YANG PALING DI KEHENDAKI DI MALAYSIA


10 PEKERJAAN PALING DIKEHENDAKI DI MALAYSIA | MOST TOP JOBS

Pelbagai pekerjaan ditawarkan di negara ini dan juga banyak peluangpekerjaan yang setiap hari diiklankan melalui surat khabar, internet,brosur dan lain-lain. Tapi anda harus peka peluang pekerjaan apa yang banyak dikehendaki di Malaysia kini?

Anda dapat mengetahui peluang pekerjaan mana paling banyak di Malaysia kini. Dengan ini anda dapat melakukan persediaan mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan di sesebuah company di Malaysia.

So, bidang pekerjaan apa yang paling dikehendaki dan diperlukan di Malaysia kini?
Let's check it out peluang pekerjaan!!

1. Sales & Marketing (Jualan dan Pemasaran)

Kerja yang lebih kepada menjual sesuatu produk
kepada pelanggan

(juru pemasaran, akauntan, agen insurans,
kereta, perbankan, wakil jualan produk,
perunding pengiklanan,tele  pemasaran)

2. Engeneering & Technical & programming ( Kejuruteraan dan Kerja Teknikal dan programmer)



Pekerjaan yang lebih kepada jurutera dan juruteknik dalam
memreka sesuatu produk dan membaiki sesuatu produk)

( Juruteknik mekanikal, kejuruteraan, juru elektrik, rekaan industri, juru teknikal,
juru teknik komputer, program komputer dan lain-lain)

3. Hospitality & Catering ( Hotel, Pelancongan dan Katering)

Pekerjaan ini pula merupakan 
pekerjaan yang lebih
mengutamakan pelanggan serta
saling berkomunikasi dengan
pelanggan dan menjaga imej serta
memberi perkhidmatan
yang terbaik kepada pelanggan
dan tetamu.

( pengurusan hotel, restoren, katering, chef, seni kulinari, penyambut tetamu, pemandu pelancongan, juruterbang, flight attendant, stewardess, waiter, agen pelancongan, receptionist hotel, bellboy hotel, Chef de partie, perkhidmatan pelanggan, public relation hotel, pengemasan bilik)

4. Accounting & Finance ( Perakaunan & Kewangan)

Pekerjaan yang berkaitan dengan pengiraan dan
kewangan. SeLain itu, perlu mengimbanGkan akaun,
merekod dokumen-dokumen perakaunan dan kewangan.

(akauntan, pegawai bank, insurans, kerani, cukai,
pegawai audit, pegawai taksir danl Lain-lain )

5. Clerical & Administrative (Pengkeranian & Pentadbiran)
(kerani, pembantu pengurus pentadbiran, setiausaha,
pembantu peribadi, pegawai sumber manusia dan lain-lain)

6. Management (Pengurusan)

Pekerjaan yang lebih fokus kepada pengurusan sesuatu syarikat

(pengurus perniagaan, pembantu pengurus hotel / restoren, pengurusan sumber manusia,
pengurusan majlis, pengurusan banquet, pengurusan persidangan dan lain-lain)

7. Art, Design & Media

Pekerjaan yang lebih kepada seni dan kreativiti
yang banyak mencari dan meluahkan idea-idea
yang unik

(pereka grafik, seni visual, perfileman, pereka landskap,
sunting, video, animasi, pengiklanan, pereka fesyen, pendandan rambut, kosmetik dan lain)

8. Telecommunication

Pekerjaan yang memberi perkhidmatan kepada
pelanggan yang selalunya berkaitan alat-alat telekomunikasi
dan teknologi

(pembantu jualan barangan komunikasi, celcom, maxis
p1 wimax, nokia, sony ericson, ogawa dan lain-lain)

9. Medical & Health

Pekerjaan yang berkaitan kesihatan dan fizikal.

(jururawat, doktor, pergigian, pembedahan, pengurusan
fisioterapi dan lain-lain)

10. Education (Pendidikan)

Pekerjaan yang mendidik dan memberi ilmu untuk dimanfaatkan
kepada anak-anak didikan.

(guru , guru tuisyen, pensyarah, pengatua, guru besar, jurubahasa
dan lain-lain)

cth inventori kerjaya

http://pelajaranperak.gov.my/v2/modules/mastop_publish/files/files_4c0326800c236.pdf

 ini adalah salah satu contoh inventori kerjaya iaitu inventori VPI. ia sememangnya sesuai utk orang dewasa dan juga pelajar terutamanya golongan pelajar tingkatan enam. ia mengandungi 160 item senarai nama pekerjaan untuk mengukur minat vokasional dan jenis personaliti seseorang. ia berasaskan teori individu dan boleh dikumpulkan kepada 6 jenis personaliti pekerjaan berdasarkan minat dan kecekapan kerja tertentu.

terdapat 2 skala dlm inventori ini iaitu primer dan skunder.
iventori primer:
1-realistik
2-investigatif
3-artistik
4-sosial
4-enterprising
5-conventional

skala ini bertujuan untuk menunujukkan kecenderungsn seseorang individu terhadap sesuatu jenis pekerjaan.

skala skunder:
1-self-control
2-maskuliniti-femininiti
3-status
4-infrequency
5-acquisecence

skala ini pula bertujuana untuk mengukuhkan lagi keputusan ujian tentang minat personaliti dan minat kerjaya sesorang individu itu.

Sunday 22 April 2012

iklan kerja

http://www.mudah.my/Perkhidmatan+wiring+rumah+dan+lain+lain-14923069.htm?last=1


kpd sesiapa yg ingin mendapat duet lebih boleh try....

cth: madul kerjaya (^___^)



Tema
Tema modul ini ialah mengenai pembinaan kerjaya. Aktiviti- aktiviti modul ini dibuat bersesuai dengan tema yang telah diberikan.

Pengenalan
Kerjaya  menurut Dewan Bahasa dan Pustaka ditakrifkan sebagai perjalanan atau kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan kehidupan atau profesion atau pekerjaan yang dipilih sebagai cara mencari nafkah. Oleh itu pembinaan kerjaya perlulah dimulai dari awal, disemai dan dibaja agar kerjaya yang akan terbina bercambah mencapai suatu kejayaan bagai diimpikan. Menurut tokoh-tokoh psikologi seperti Prof S.M. Jourard, Prof C.R. Rogers dan Prof P.G. Zimbardo adalah penting untuk seseorang individu itu meningkatkan potensi diri untuk mencapai kendiri yang tinggi. Keadaan ini seterusnya mengarah kepada kejayaan dalam kerjaya yang diimpikan.   

Sasaran
Sasaran untuk modul ini melibatkan peserta yang berada dalam lingkungan 20-an iaitu peserta terdiri daripada kalangan pelajar yang bakal menempuh alam pekerjaan supaya matlamat kerjaya yang diimpikan atau cita-cita.

Tajuk : Back to Future
Masa : 30minit
Alat   : Pen/pensil dan kertas 

Objektif :
Menggalakkan ahli berfikir dan merancang kerjaya masa depan
Membina matlamat hidup dan masa depan
Menyedarkan ahli tentang rintangan dan kekuatan yang perlu bagi ahli mencapai kerjaya

Langkah
1.Ahli diminta menilai apa yang telah berlaku dalam hidup mereka pada masa lepas dan menjadikan pengalaman itu sebagai panduan. Ahli diminta melihat diri pada masa kini dan apakanh kemungkinan yang akan berlaku pada masa depan dalam aspek kerjaya.
2.Ahli diminta mengeluarkan kertas dan melakar jalan dimulai dengan point A ke point-point seterusnya berdasarkan tangapan ahli dari atas ke bawah. Garisan yang dibuat berdasarkan tafsiran ahli terhadap apa yang bakal dilalui sepanjang kehidupan mereka.(garisan lurus atau berliku)
3.Dalam kumpulan kecil (lebih kurang 5 orang) minta ahli-ahli berkongsi maklumat tentang kerjaya yang diimpikan mereka dan mengapa mereka membuat telahan sedemikian terhadap perjalanan mereka.
4.Fasilitator membimbing perbincangan mereka dengan bertanyakan: 
(a)Berapa jauh kehadapan mereka merancang? Mengapa?
(b)Ceritakan bagaimana ahli impikan kerjaya masa depan?
(c)   Rintangan yang bakal dihadapi?
(d) Kekuatan yang ada bagi mencapai impian kerjaya?

Falsafah dan pengajaran
Seseorang itu harus mempunyai matlamat hidup dan terus berusaha mencapai kerjaya yang diimpikan. Samada tercapai atau tidak itu bergantung pada ketentuan. Apa yang penting hala tuju mesti jelas dan berusaha mencapainya. Dan setiap perjalanan itu harus ingat ada rintangannya. Selalunya untuk mencapai sesuatu dalam hidup banyak rintangan yang dilalui digambarkan dengan jalan yang berliku. Jarang sekali seseorang akan melalui jalan yang lurus untuk mencapai sesuatu kejayaan. Orang yang berjaya melihat banyak perkara yang dilalui sebagai pengalaman yang berguna untuk melangkah dengan lebih gagah. Kita hanya merancang dan Allah itu sebaik-baik perancang. Jangan sesekali lupakan matlamat kita.

Tajuk: Standing in the eye of the world
Masa: 30 minit
Alat: lirik lagu, lagu standing in the eye of the world

Objektif:
1. Menyedarkan ahli tentang moral dalam lagu tersebut
2. Memberi motivasi kepada ahli untuk mencapai kerjaya yang diimpikan
Langkah

1.Beritahu ahli lagu standing in the eye of the world akan  diperdengarkan dan ahli diminta menghayati lagu tersebut serta memahami moral yang terkandung dalam lagu tersebut.
2.Lagu berkenaan dimainkan
3.Bahagikan kumpulan kepada dua kumpulan kecil(lebih kurang 5 orang). Dalam masa 15 minit, minta mereka bincangkan mesej yang hendak disampaikan oleh penyanyi dan penulis lagu
4.Minta setiap kumpulan menerangkan hasil perbincangan mereka.
5.Fasilitator membimbing perbincangan dengan bertanya reaksi dan perasaan mereka terhadap lagu tersebut. Apakah sebenarnya yang hendak disampaikan dan bagaimana mesej itu hendak disampaikan? Berjayakah lagu ini menyampaikan mesejnya? Mengapa? Apakah pembelajaran yang didapati melalui lagu ini? Bagaimanakah ahli boleh mengaitkan mesej lagu ini dalam kehidupan mereka secara peribadi dalam mencapai kerjaya yang diimpikan?
6.Fasilitator membuat rumusan hasil daripada sumbangan perbincangan ahli tadi.

Falsafah dan pengajaran
Mesej moral yang terdapat dalam sesuatu lagu perlulah difahami untuk menjadikan sesuatu lagu itu bukan hanya sekadar hiburan semata-mata Kesedaran terhadap rintangan yang harus kita tempuh adalah penting bagi memberi kita kekuatan untuk menghadapinya dan bersedia terhadap segala kemungkinan. Dalam mengejar kerjaya impian kita memerlukan kekuatan untuk lebih tabah bagi mencapainya. Kesungguhan meneruskan hidup haruslah diteruskan kerana setiap individu tidak lepas dari menerima setiap dugaan yang mendatang.




SELAMAT MENCUBA!!!!!!!!!!!!!!!!