Followers

Saturday 21 April 2012

PANDUAN PEMILIHAN KERJA


Apabila tamat pengajian sesuatu masih menjadi di lema kepada kita apakah kerja yang sesuai untuk kita. Maklumlah dalam dunia hari ini bukan senang untuk bekerja mengikut bidang yang kita ambil semasa di pengajian dulu. Bukan mudah untuk membuat pilihan dalam kerjaya. Selalu akan bertanya pada diri apakah kerja yang sesuai untuk diri?? Sekalipun pengajian mungkin bertaraf ijazah atau master belum tentu mudah untuk dapat kerja yang sesuai.

Apa minat anda??
Berkait rapat dengan minat kita. Hasil kerja akan  lebih baik jika dapat bekerja di tempat yang kita  suka. Jadi cari kerja yang anda minat terlebih dahulu. Dalam berpuluh-puluh ribu kerja di atas muka bumi sudah tentu akan ada peluang untuk anda mendapat kerja tersebut.

Lihat kemampuan diri
Jika kerja yang anda minat sukar mendapat kekosongan, anda boleh bertanya pada diri apa yang anda mampu anda lakukan apabila bekerja. Maksudnya paling rendah apa kemampuan yang anda dapat lakukan. Contoh jika anda meminati sebagai designer tetapi jawatan tersebut suka mendapat kekosongan, maka pekerjaan alternatif sementara anda mungkin boleh lakukan pembantu tadbir ataupun setiausaha.

Jangan utamakan gaji
Jangan terus melihat kepada gaji. Bukan senang nak dapat gaji yang tinggi. Kalau pemilihan kerja dilihat hanya kepada gaji semata-mata pun susah juga. Ye lah mungkin terlalu demand memandangkan anda belajar tinggi. Gaji memanglah penting, tetapi pengalaman kerja lebih penting. Mungkin bermula dengan kerja yang tak tinggi gajinya. Namun dalam masa itu anda juga mengintai peluang pekerjaan yang lain.

Jangan memilih tempat kerja
Nak kerja dekat-dekat rumah je?? Bukan mudah. Mengharapkan kerja yang gajii mahal, kerja perlu senang dan dekat nak pergi kerja. Jika inilah yang di cita-cita kan anda akan terus tidak bekerja  kerana anda sendiri sebenarnya tahu bukan mudah untuk mendapat pilihan sebegitu. Melainkan anda buka perniagaan sendiri barhampiran rumah anda sahaja.

No comments:

Post a Comment