Followers

Saturday 21 April 2012

KONSEP PEMILIHAN KERJAYA

KONSEP PEMILIHAN KERJAYA


Rujukan maklumat daripada : http://members.tripod.com/maklumat_ppd/kerjaya.htm
        Individu akan cuba mengimplimentasikan konsep kendiri dengan memilih pekerjaan yang akan membenarkan ekspresi diri. • Kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung kepada sejauh mana individu berupaya mencari jalan keluar untuk menyalurkan ciri-ciri yang ada pada dirinya. •
         Semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri personal dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan, maka semakin besar kemungkinan seseorang itu untuk berjaya dalam bidang berkenaan. • Kepuasan kerja, kebolehan, pencapaian dan stabiliti adalah bergantung kepada darjah keselarasan atau darjah kongruens antara jenis personaliti dengan persekitaran kerja.

MASALAH PEMILIHAN KERJAYA REMAJA

           Remaja kurang atau tiada kebolehan dalam membuat keputusan tentang kerjya kerana mempunyai minat yang pelbagai, minay yang tidak jelas atau tiada mempunyai minat. • Remaja tidak dapat menjangka dengan baik tentang personalitinya, minatnya, nilainya, serta kebolehannya hingga pilihan yang dibuat tidak setimpal dengan ciri-ciri dirinya. • Remaja kekurangan atau tiada pengetahuan serta maklumat berkaitan dengan dunia pekerjaan.

STRATEGI PEMILIHAN KERJAYA

1. Mengenalpasti trait-trait dan ciri-ciri individu termasuklah personaliti, minat, nilai, dan pencapaian individu iaitu
    mengenal potensi diri.
2. Mengenalpasti dan menganalisis keperluan-keperluan pekerjaan iaitu mengenali dunia pekerjaan.
3. Memadankan individu dengan pekerjaan iaitu memadankan potensi diri dengan kerjaya yang sesuai.

TEORI KERJAYA HOLLAND

1. REALISTIK- ORANG JENIS PRAKTIKAL (KEMAHIRAN PERTUKANGAN DAN MEKANIKAL)
  • a. CIRI-CIRI Stabil,natural,maskulin,praktikal,tekun,
  •  terus terang,berdikari,fizikal,materealistik,jujur,pemalu, akur, tulen, inventif, normal, berpendirian tetap,cermat, 
  • keras hati ,berulang-ulang,kurang celik akal.

  • b. SUKA Aktiviti mekanikal, kerja luar, atletik (sukan), aktiviti manual, benda konkrit (wang, kuasa dan status), 
  • bekerja dengan peralatan, tumbuhan, dan haiwan.

  • c. TIDAK SUKA Aktiviti akademik, aktiviti sosial, 
  • pendedahan kendiri, bekerja dengan orang lain.

  • d. ORIENTASI Penglibatan secara lansung dengan aktiviti konkrit, manipulasi objek.

  • e. PEKERJAAN Jenis pembaikan mekanikal,elektrikal, 
  • kejuruteraan,mekanik,guru kemahiran hidup,juruteknik, 
  • pegawai perikanan,pegawai perhutanan,pegawai 
  • mergastua,tukang masak,pereka fesyen,jurufoto, 
  • juruukur,penyelam,pemandu,atendan pam minyak, 
  • tukang kayu, tukang paip.

  • f. BIDANG PENGAJIAN Kejuruteraan awam, kejuruteran 
  • mekanikal, perhutanan, teknologi perubatan, penyediaan makanan, bidang teknik dan vokasional, pertanian dan 
  • penternakan.

  • g. PERSEKITARAN AKADEMIK Memupuk kecekapan dan
  • pencapaian daripada teknikal dan memanipulasikan
  • benda, mesin, pertanian, dan penternakan. Ganjaran 
  • bernialai seperti wang, kuasa, status, dan sesuatu yang
  • dimiliki. Menggalakkan individu melihat dunia secara
  • mudah dan tradisional.
2. INVESTIGATIF - ORANG JENIS MENGANALISIS (SAINTIFIK DAN TEKNIKAL)
  • a. CIRI-CIRI Analitik, intelektual, teliti, ingin tahu, bebas, 
  • asli, rasional, pasif, pendiam, kritikal, tepat, pesemistik, 
  • berdikari, berhati-hati, cekal, introvert, introspektif, 
  • sistematik, radikal, tidak popular.

  • b. SUKA Aktiviti abstrak dan simbolik, sains dan 
  • matematik, pengamatan dan penyelidikan, penyelesaian 
  • masalah, bekerja sendirian.

  • c. TIDAK SUKA Aktiviti sosial, aktiviti berulang-ulang, 
  • peraturan yang rigid, memujuk orang lain,bekerja 
  • dengan orang lain, kepimpinan.

  • d. ORIENTASI Penyelidikan dan penyelesaian masalah.

  • e. PEKERJAAN Saintis, pakar bedah, penyelidik, psikiatri, 
  • ahli kaji cuaca, ahli kaji bumi, ahli kaji bintang,
  •  optometris, ahli ekonomi, ahli patologi, jurutera elektrik, 
  • pembantu makmal, juruteknik perubatan, penulis 
  • rencana, penyunting, ahli antropologi, pengaturcara
  •  komputer.

  • f. BIDANG PENGAJIAN Perubatan, Sains dan Matematik,
  •  ekonomi, geologi, sains industri, sains komputer,
  •  psikologi, kejuruteraan kimia, kejuruteraan sumber asli, 
  • kejuruteraan sains Geoinformasi.

  • g. PERSEKITARAN AKADEMIK Memupuk kecekapan dan 
  • pencapaian saintifik, pemerhatian dan penyiasatan 
  • fenomena secara sistematik, ganjaran bernilai saintifik. 
  • Menggalakkan individu melihat dunia secara kompleks, 
  • abstrak, bebas dan semulajadi.

3. ARTISTIK - ORANG JENIS BERKARYA (SENI, MUZIK DAN PENULISAN)
CIRI-CIRI Sensitif, berimaginasi, banyak idea, bebas, lembut,
 emosi, introspektif, fleksibel, tergesa-gesa, tidak bersistem,
 berpendirian, kurang bersosial, mudah meluahkan 
perasaan, suka bersendirian, ekspresif, intuitif, terbuka, 
idealistik, tidak praktikal.
  • a. SUKA Kreativiti, idea, situasi, tidak berstruktur, 
  • cenderung aktiviti kesusasteraan, bahasa,muzik, drama, 
  • seni lukis, puisi, vokalis, penulisan berkarya, isu 
  • kemanusiaan, kerja bersendirian.

  • b. TIDAK SUKA Kerja-kerja fizikal, situasi berstruktur, 
  • kerja perkeranian, perniagaan dan sistem pengurusan 
  • dan ppentadbiran, manipulasi data.

  • c. ORIENTASI Berkarya, mencipta idea. 

  • d. PEKERJAAN Guru bahasa dan sastera, seniman, ahli 
  • muzik, pereka fesyen, komposer, penulis skrip, kartunis, 
  • pereka grafik, arkitek, pereka tari, pengarah drama/ 
  • teater, ppenyair, penyunting filem, juru solek, pelukis, 
  • wartawan.

  • e. BIDANG PENGAJIAN Kesenian (seni lukis dan seni 
  • reka), kesusasteraan dan budaya, muzik, alam bina, 
  • pengajian bahasa, seni bina perancangan, falsafah.

  • f. PERSEKITARAN AKADEMIK Memupuk kecekapan dan 
  • pencapaian dalam seni dan situasi kabur, kerja bebas 
  • dan tidak bersistematik. Ganjaran bernilai seni. 
  • Menggalakkan individu melihat dunia secara kompleks, 
  • tidak konvensional dan fleksibel.

4. SOSIAL - ORANG JENIS SOSIAL (PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN)
  • a) CIRI-CIRI Kerjasama, menolong, rasional, bijaksana,
  •  ambil berat, memujuk, prihatin, bertanggunhjawab, 
  • peramah, penyabar, baik hati, idealistik, riang, 
  • ekstrovert, agresif, memahami orang lain, mudah 
  • berinteraksi, suka bergaul, pemurah, kewanitaan.

  • b) SUKA Perhatian, berurusan dengan orang lain,
  •  bersosial, menolong, kerja-kerja amal dan 
  • kemasyarakatan, perbincangan, pendidikan, menghadiri
  • majlis sosial, aktiviti kebajikan, menunjuk ajar, 
  • memikirkan masalah masyarakat.

  • c) TIDAK SUKA Kerja-kerja fizikal, aktiviti luar, kerja 
  • dengan peralatan, kerja-kerja terlalu berstruktur, bidang
  •  mekanikal dan saintifik.

  • d) ORIENTASI Kebajikan, kemasyarakatan dan 
  • pendidikan. d. PEKERJAAN Pensyarah, guru, ustaz, ahli 
  • politik, jururawat, kaunselor, pegawai kastam, pegawai 
  • kebajikan, juruacara, pramugari, ahli psikologi klinikal,
  •  diplomat, ahli sosiologi.

  • e) BIDANG PENGAJIAN Sosial, pentadbiran, pendidikan, 
  • sejarah sains, kemasyarakatan, pengajian agama, sains 
  • politik, pembangunan sumber manusia, ekologi manusia.
  •  
  • f)PERSEKITARAN AKADEMIK Memupuk kecekapan 
  • interpersonal, minat dalam memberitahu, melatih,
  •  mengubati, menyedarkan orang lain. Ganjaran bernilai 
  • sosial dan kemasyarakatan. Menggalakkan individu 
  • melihat dunia dan dengan cara yang fleksibel.

5. ENTERPRISING - ORANG JENIS USAHAWAN (PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN)
  • a) CIRI-CIRI Agresif, memujuk, sergas, cita-cita tinggi,
  •  ekstrovert, berlagak, bebas, bersungguh-sungguh, suk
  • berbahas, optimistik, yakin, mempengaruhi, menggoda,
  •  petah, manipulasi, dominan, kemahiran interpersonal 
  • yang baik, kebolehan memimpin, menonjolkan diri, 
  • regular, pentingkan diri, maskulin, bermotivasi.

  • b)SUKA Kuasa, status, mentadbir dan kepimpinan, 
  • keuntungan, ekonomi, regular, keseronokan, suka 
  • mengambara, bersosial, suka cabaran.

  • c)TIDAK SUKA Aktiviti sistematik, kemahiran saintifik dan
  •  teknikal, intelektual, isu-isu abstrak dan simbolik, kerja
  •  yang ditentukan dan diawasi.

  • d) ORIENTASI Manipulasi keuntungan dan
  •  mempengaruhi orang lain.

  • e) PEKERJAAN Pegawai pemasaran, perunding,
  •  pengurus, peguam, hakim, pegawai insurans, ahli 
  • politik, penerbit, pengarah muzium, pegawai penilai,
  •  usahawan, pengurus syarikat, pekerja perhotelan,
  •  jurujual pasaran saham, spekulator, pengurus personal.

  • f) BIDANG PENGAJIAN Pengurusan dan pentadbiran,
  •  pemasaran perniagaan, perundangan, perhotelan,
  •  penyediaan makanan, sains aktuari, perlancongan,
  •  rekreasi, kejuruteraan industri, pengurusan personal.

  • g)PERSEKITARAN AKADEMIK Memupuk kecekapan
  •  mempengaruhi dan memimpin. Pencapaian dan
  •  manipulasi orang lain untuk matlamat peribadi dan
  •  organisasi. Ganjaran bernilai keusahawanan dan
  •  matlamat (wang, status dan kuasa). Menggalakkan
  •  individu melihat dunia dari segi kuasa, harta,
  •  tanggungjawab, mudah dan stereotaip.

 6. KONVENSIONAL - ORANG JENIS SISTEMATIK ( PERKERJAAN DAN ORGANISASI PEJABAT)
  • a) CIRI-CIRI Jujur, berhemat, kemas, akur, cekap,
  •  sopan, teliti, tekun, bersungguh-sungguh, suka 
  • mempertahankan diri, pandai sesuaikan diri, tidak suka
  •  berimaginasi, mendesak, tegas, praktikal, stereotaip,
  •  dominan, disiplin, konservatif, kurang berdikari,
  •  terancang, rigid bergantungan.

  • b) SUKA Arahan, tugas sistematik dan terancang, elak
  •  diri daripada masalah, menyusun maklumat, data dan
  •  sistem fail. Bekerja dengan data, maklumat dan sistem
  •  fail.

  • c) TIDAK SUKA Aktiviti tidak bersistem, arahan kabur,
  •  isu-isu imaginatif, situasi yang rumit, kemahiran seni,
  •  aktiviti-aktiviti kurang pengstrukturan.

  • d) ORIENTASI Manipulasi data dan sistematik.

  • e)PEKERJAAN Akauntan, operator komputer, kerani pos,
  •  pustakawan, peguam kredit, pegawai cukai, kerani
  •  kewangan, jurutaip, setiausaha, juruaudit, pegawai 
  • statistik, pegawai kawalan mutu, juru trengkas, penilai
  •  harta, kerani kaunter, guru perdagangan.

  • f) BIDANG PENGAJIAN Teknologi maklumat, sains 
  • komputer, pengurusan dan pentadbiran, sains 
  • perpustakaan, sains kesetiausahaan, perakaunan, 
  • kewangan pendidikan, perniagaan.

  • g)PERSEKITARAN AKADEMIK Memupuk kecekapan
  •  mengikut arahan dan perkeranian, Manipulasi data,
  •  rekod atau bahan bertulis. Ganjaran bernilai wang,
  •  pergantungan dan akur. Menggalakkan individu melihat
  •  dunia dengan cara konvensional, stereotaip,
  •  pergantungan dan mudah.



No comments:

Post a Comment