Followers

Sunday 22 April 2012

CARA MUDAH MENCARI KERJA


CARA MUDAH MENCARI KERJA
Bagi seseorang yang baru sahaja menamatkan pengajian sama ada sekolah atau IPT, mendapatkan pekerjaan dengan cepat adalah antara keutamaan mereka. Persaingan sangat kuat kerana bukan sahaja lepasan IPT yang mencari kerja tetapi yang dah bekerja pun ada yang merancang untuk cari kerja lain. Bila kita lihat ada peluang kerja di sektor awam, beribu-ribu orang mohon tapi kekosongan hanya puluhan atau belasan saja.
Di sini saya nak kongsi kan beberapa cara cari kerja yang mungkin sesuai untuk anda sama-sama praktik kan:

1.Cari Kerja Melalui Internet
Ini cara paling biasa dan ramai orang guna zaman sekarang. Antara portal, web dan untuk cari kerja online yang ada ialah:
Anda pergi ke web ini dan daftar semua info anda serta attach an sekali resume, gambar anda dan padankan jawatan yang anda mahu. Cara cari kerja sebegini sangat popular maka persaingannya sangat tinggi dan agak lambat untuk melihat hasilnya. Tetapi apa yang penting jangan berputus asa.
Satu lagi cara ialah dengan meninjau forum-forum tempatan di thread kerjaya atau kerja kosong. Forum yang popular adalah seperti Cari.com.my , WangCyber.com, CariGold.com, Lowyat.net. Oh ya, boleh juga cari di Mudah.my.

2. Surat khabar
Cara cari kerja yang masih relevan hingga sekarang ialah suratkhabar. Biasanya akhbar yang banyak senaraikan vacancy ialah The Star (terutamanya hari Sabtu). Akhbar lain ada juga tapi agak kurang iklan nya. Perlu diingat membeli akhbar adalah satu kos dan modal untuk anda. Kemudian mungkin anda perlu sediakan resume hardcopy yang memikat, cover letter, envelope dan setem untuk pos ke syarikat yang anda ingin mohon kerja.

3. Agensi Pekerjaan
Ada banyak syarikat agensi kerja sekarang ni. Antara yang tersohor ialah Kelly Services, Agensi Intelek, AdeccoAsk resourcesManpower.com.
Anda perlu datang sendiri ke pejabat agensi ini untuk mendaftar dan mungkin ada interview ringkas tentang pekerjaan yang anda mohon. Tetapi berhati-hati dengan agensi kerja tertentu yang menipu. Dah pernah keluar cerita ni di akhbar Harian Metro dulu. Anda boleh selidik dulu sesuatu agensi dengan mencarinya di Internet. Agensi yang real pasti ada web mereka sendiri.
Anda juga kena teliti dulu syarat atau terma dari agensi terutamanya tentang upah atau caj yang dikenakan apabila anda mendapat kerja nanti.

4. Daftar Dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Pilihan ini adalah untuk anda yang mengintai peluang bekerja dengan kerajaan. Sila lawati laman web www.spa.gov.my dan klik pada borang SPA 8 untuk mendaftar. Jika terdapat kekosongan jawatan bagi kategori yang anda pilih, anda akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Sesudah mendapat panggilan temu duga, per siapkan diri anda dengan tips-tips hebat di sini bagi menjamin anda lulus temu duga dengan cemerlang.

5. Contact & Network
Lihat pada hubungan atau network yang anda ada seperti kawan-kawan, jiran, saudara-mara, rakan satu kelab/persatuan, bekas majikan (contohnya tempat praktikal) dan tak kurang juga kawan atas kawan. Mereka ini boleh menjadi sumber maklumat terbaik untuk anda mencari kerja.
Mereka pasti bercakap dengan orang lain, jadi apabila anda bercerita tentang situasi anda yang sedang cari kerja, mereka akan dapat menyebar luaskan berita ini dan anda pasti kurang percaya apabila dengan pantasnya berita ini tersebar. Siapa tahu rezeki anda akan muncul dengan cara ini. Jangan pernah gagal untuk memberitahu yang anda sedang mencari kerja. Semua ini adalah tentang komunikasi, lebih banyak anda bercerita, lebih cepat peluang kerja datang kepada anda.

6. Tinjau Iklan Kerja Di Tempat Anda
Rajin-rajin kan diri anda untuk meninjau-ninjau peluang pekerjaan di sekitar tempat tinggal anda. Perhatikan sebarang kain rentang atau papan tanda iklan kerja kosong yang mungkin diletakkan di hadapan bangunan pejabat. Siapkan diri dengan berpakaian kemas dan bawa bersama sijil akademik anda.
Semasa anda berjalan dan berjumpa dengan iklan kerja kosong yang mungkin bukan pilihan anda, jangan terus berpaling. Cuba tanya dulu. Walaupun bukan kerja idaman anda, tapi sekurang-kurangnya anda boleh menimba pengalaman di situ. Anda boleh dapat pengalaman interview jugak! (kalau tak dapat kerja tu). Yang penting, jangan terlalu memilih.

7. Terus Berurusan Dengan Syarikat
Apabila anda sudah ada target untuk memohon kerja di syarikat tertentu, anda boleh pergi terus ke syarikat tersebut dan minta borang permohonan jawatan untuk diisi. Untuk lebih mudah, anda juga boleh melayari laman web syarikat tersebut dan isi borang permohonan kerja secara online atau e-mel resume anda ke e-mel Human Resource syarikat terbabit.

8. Karnival Kerjaya
Graduan mempunyai peluang yang baik untuk mendapat kerja dengan menghadiri karnival kerjaya yang sering diadakan pada masa-masa tertentu. Ini kerana di karnival kerjaya, majikan dari pelbagai industri sama ada dari sektor kerajaan atau swasta berkumpul untuk mengupah bakal pekerja.  Karnival ini juga memudahkan anda kerana tidak perlu banyak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
Anda boleh semak jadual karnival ini di suratkhabar atau pun di Internet.
Siapkan diri dengan berpakaian kemas dan bawa bersama sijil akademik anda. Anda boleh submit resume kepada syarikat dan mungkin juga berpeluang untuk menghadiri beberapa temu duga semasa karnival ini.

9. Call Pihak Syarikat
Anda boleh telefon terus dengan syarikat tersebut untuk bertanya mengenai peluang pekerjaan yang ada. Anda akan bercakap terus dengan Pengurus Sumber Manusia atau mereka yang bertanggungjawab mengupah pekerja. Bukan setakat isi borang sahaja.
Cara ini menunjukkan anda seorang yang berkeyakinan dan komited untuk bekerja – ciri-ciri yang dicari oleh majikan!
Baiklah, sekarang adalah masa untuk bertindak. Jika dipanggil temu duga, bersedialah dengan jawapan terbaik untuk soalan temu duga nanti. Semoga anda berjaya. Ingat, anda perlu banyak bersabar dan rajin mencari. Insya-Allah anda akan mendapat pekerjaan yang anda idamkan.

1 comment: