Followers

Sunday, 22 April 2012

cth: madul kerjaya (^___^)



Tema
Tema modul ini ialah mengenai pembinaan kerjaya. Aktiviti- aktiviti modul ini dibuat bersesuai dengan tema yang telah diberikan.

Pengenalan
Kerjaya  menurut Dewan Bahasa dan Pustaka ditakrifkan sebagai perjalanan atau kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan kehidupan atau profesion atau pekerjaan yang dipilih sebagai cara mencari nafkah. Oleh itu pembinaan kerjaya perlulah dimulai dari awal, disemai dan dibaja agar kerjaya yang akan terbina bercambah mencapai suatu kejayaan bagai diimpikan. Menurut tokoh-tokoh psikologi seperti Prof S.M. Jourard, Prof C.R. Rogers dan Prof P.G. Zimbardo adalah penting untuk seseorang individu itu meningkatkan potensi diri untuk mencapai kendiri yang tinggi. Keadaan ini seterusnya mengarah kepada kejayaan dalam kerjaya yang diimpikan.   

Sasaran
Sasaran untuk modul ini melibatkan peserta yang berada dalam lingkungan 20-an iaitu peserta terdiri daripada kalangan pelajar yang bakal menempuh alam pekerjaan supaya matlamat kerjaya yang diimpikan atau cita-cita.

Tajuk : Back to Future
Masa : 30minit
Alat   : Pen/pensil dan kertas 

Objektif :
Menggalakkan ahli berfikir dan merancang kerjaya masa depan
Membina matlamat hidup dan masa depan
Menyedarkan ahli tentang rintangan dan kekuatan yang perlu bagi ahli mencapai kerjaya

Langkah
1.Ahli diminta menilai apa yang telah berlaku dalam hidup mereka pada masa lepas dan menjadikan pengalaman itu sebagai panduan. Ahli diminta melihat diri pada masa kini dan apakanh kemungkinan yang akan berlaku pada masa depan dalam aspek kerjaya.
2.Ahli diminta mengeluarkan kertas dan melakar jalan dimulai dengan point A ke point-point seterusnya berdasarkan tangapan ahli dari atas ke bawah. Garisan yang dibuat berdasarkan tafsiran ahli terhadap apa yang bakal dilalui sepanjang kehidupan mereka.(garisan lurus atau berliku)
3.Dalam kumpulan kecil (lebih kurang 5 orang) minta ahli-ahli berkongsi maklumat tentang kerjaya yang diimpikan mereka dan mengapa mereka membuat telahan sedemikian terhadap perjalanan mereka.
4.Fasilitator membimbing perbincangan mereka dengan bertanyakan: 
(a)Berapa jauh kehadapan mereka merancang? Mengapa?
(b)Ceritakan bagaimana ahli impikan kerjaya masa depan?
(c)   Rintangan yang bakal dihadapi?
(d) Kekuatan yang ada bagi mencapai impian kerjaya?

Falsafah dan pengajaran
Seseorang itu harus mempunyai matlamat hidup dan terus berusaha mencapai kerjaya yang diimpikan. Samada tercapai atau tidak itu bergantung pada ketentuan. Apa yang penting hala tuju mesti jelas dan berusaha mencapainya. Dan setiap perjalanan itu harus ingat ada rintangannya. Selalunya untuk mencapai sesuatu dalam hidup banyak rintangan yang dilalui digambarkan dengan jalan yang berliku. Jarang sekali seseorang akan melalui jalan yang lurus untuk mencapai sesuatu kejayaan. Orang yang berjaya melihat banyak perkara yang dilalui sebagai pengalaman yang berguna untuk melangkah dengan lebih gagah. Kita hanya merancang dan Allah itu sebaik-baik perancang. Jangan sesekali lupakan matlamat kita.

Tajuk: Standing in the eye of the world
Masa: 30 minit
Alat: lirik lagu, lagu standing in the eye of the world

Objektif:
1. Menyedarkan ahli tentang moral dalam lagu tersebut
2. Memberi motivasi kepada ahli untuk mencapai kerjaya yang diimpikan
Langkah

1.Beritahu ahli lagu standing in the eye of the world akan  diperdengarkan dan ahli diminta menghayati lagu tersebut serta memahami moral yang terkandung dalam lagu tersebut.
2.Lagu berkenaan dimainkan
3.Bahagikan kumpulan kepada dua kumpulan kecil(lebih kurang 5 orang). Dalam masa 15 minit, minta mereka bincangkan mesej yang hendak disampaikan oleh penyanyi dan penulis lagu
4.Minta setiap kumpulan menerangkan hasil perbincangan mereka.
5.Fasilitator membimbing perbincangan dengan bertanya reaksi dan perasaan mereka terhadap lagu tersebut. Apakah sebenarnya yang hendak disampaikan dan bagaimana mesej itu hendak disampaikan? Berjayakah lagu ini menyampaikan mesejnya? Mengapa? Apakah pembelajaran yang didapati melalui lagu ini? Bagaimanakah ahli boleh mengaitkan mesej lagu ini dalam kehidupan mereka secara peribadi dalam mencapai kerjaya yang diimpikan?
6.Fasilitator membuat rumusan hasil daripada sumbangan perbincangan ahli tadi.

Falsafah dan pengajaran
Mesej moral yang terdapat dalam sesuatu lagu perlulah difahami untuk menjadikan sesuatu lagu itu bukan hanya sekadar hiburan semata-mata Kesedaran terhadap rintangan yang harus kita tempuh adalah penting bagi memberi kita kekuatan untuk menghadapinya dan bersedia terhadap segala kemungkinan. Dalam mengejar kerjaya impian kita memerlukan kekuatan untuk lebih tabah bagi mencapainya. Kesungguhan meneruskan hidup haruslah diteruskan kerana setiap individu tidak lepas dari menerima setiap dugaan yang mendatang.




SELAMAT MENCUBA!!!!!!!!!!!!!!!!

1 comment:

  1. perkongsian yang sangat menarik....
    terima kasih di atas perkongsian ilmu ini....=)

    ReplyDelete