Followers

Sunday 22 April 2012

18 KELEBIHAN JAWATAN GURU KERAJAAN


18 KELEBIHAN JAWATAN GURU KERAJAAN YANG PERLU ANDA TAHU

Berikut adalah 18 sebab mengapa jawatan guru kerajaan patut menjadi pilihan anda, benar atau tidak kita sama-sama perhatikan.
Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

1. Jaminan pekerjaan
Jaminan pekerjaan merupakan aspek utama oleh semua orang yang inginkan kerja makan gaji. Dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil, kerjaya di sektor swasta boleh membawa risiko ketika syarikat menghadapi masalah kewangan. Banyak organisasi yang muflis. Jarang berlaku pembuangan pekerja di sektor awam walaupun ketika ekonomi meleset. Malah pihak kerajaan pula yang menyediakan lebih peluang kerjaya memandangkan kekurangan sumber 
pekerjaan di sektor swasta.

2. Elaun perumahan
Anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan membantu. Sebulan dapat RM250. Jika anda tinggal di kawasan Sabah atau Sarawak, bayaran yang diterima lebih tinggi iaitu RM600 – RM900.

3. Cost of living allowance (COLA)
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain-lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja? Sekurang-kurangnya anda akan dapat RM300 sebulan.

4. Elaun pedalaman
Sekiranya anda ditempatkan di kawasan pedalaman, elaun sebanyak RM500, RM1000 atau RM1500 sebulan akan menjadi milik anda.

5. Elaun Wilayah
Jika anda berasal dari Semenanjung dan ditempatkan di Sabah dan Sarawak, anda akan mendapat elaun ini dengan kiraan 17.5% dari gaji kasar anda.

6. Imbuhan tetap khidmat awam (ITKA)
Jika anda bertugas sebagai kakitangan awam yang bertaraf pengurusan dan profesional, Anda layak mendapat RM300.

7. Kenaikan gaji setiap tahun
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lebih lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana – mana selain di sektor awam.

8. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

 9. Cuti tahunan mengikut kelayakan
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

10. Cuti bersalin sehingga 90 hari
Usah risau jika anda rasa anda atau isteri anda perlu ambil cuti bersalin sehingga 90 hari. Sudah tentu ianya diberikan dengan tanpa potongan gaji.

11. Pinjaman perumahan
Anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah. Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli banglo idaman anda. Dan yang paling penting ialah kadar faedah yang ditawarkan lebih rendah berbanding bank.

12. Caruman KWSP atau pencen
Anda pilih mana anda suka. KWSP atau pencen? Kedua-duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi. Anda kerja sehingga tiba waktu untuk bersara dan nikmati faedah pencen hingga ke akhir hayat. Wang pencen akan masuk ke dalam akaun bank seperti anda masih bekerja dengan kerajaan. Bagi mereka yang bekerja di sektor swasta, mereka hanya mempunyai akaun KWSP atau EPF. Simpanan KWSP akan diberi secara lump sum kepada pesara dan tidak menerima pencen seperti pekerja kerajaan.

13. Bersara pada umur 58 tahun
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan. Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?

14. Peluang kenaikan pangkat
Siapa tak nak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik setingkat lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi seperti bos.

15. Peluang melanjutkan pelajaran
Sambung belajar pun diberikan peluang. Dan untuk makluman, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

16. Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang ditanggung oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, anda perlu membayar yuran yang mencecah 4 angka dalam masa setahun.

17. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya.

18. Kerja anda tidak seteruk sektor swasta
Kebanyakan masyarakat beranggapan bekerja dalam sektor awam adalah seperti masuk jam 8 pagi dan keluar jam 5 petang. Namun tanggapan ini meleset sama sekali kerana terdapat sebahagian staf awam yang bekerja lebih masa untuk berkhidmat untuk negara. Akan tetapi jika hendak dibandingkan dengan staf swasta, pastinya lebih ramai di antara mereka yang terpaksa membanting tulang semata-mata hendak berkhidmat kepada syarikat.

2 comments:

  1. blog ni sangat berinformasi. grafik pon cantik.
    cuma header punya font tu. xperlu kot buat kecik besar kecik besar. da cantik dah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lealala : terima kasih di atas komen anda...
      insyaallah kami akan improvekan lagi lepas nie....

      Delete